Pada post kali ini, kami ingin kongsikan beberapa resepi puri yang boleh anda cuba untuk anak anda yang berumur 6 hingga 8 bulan. Kepelbagaian makanan amat penting agar anak anda tidak jemu dengan satu makan sahaja. Proses penyediaan amat mudah dan mengambil masa yang singkat. Resepi ini sesuai untuk memperkenalkan anak dengan makanan pejal selain susu ibu.

Resepi Puri epal

Puri epal

Tempoh penyediaan: 10 minit

Bahan-bahan:

  1. Sebiji epal fuji
  2. Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Ambil sepotong buah epal. Cuci, buangkan kulit dan cincang seperti dadu.
  2. Kemudian, rebus bersama sedikit air.
  3. Biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.
  4. Selepas itu, ambil epal yang telah direbus dan kisar sehingga halus.

Resepi Puri blueberi

Puri blueberi

Tempoh penyediaan: 10 minit

Bahan-bahan:

  1. ½ cawan buah blueberi
  2. Air secukupnya

Cara penyediaan: 

  1. Didihkan air. Tambah blueberi dan biarkan mendidih hingga 15 minit atau lembut.
  2. Asingkan air rebusan dan blueberi. Kisar blueberi sehingga menjadi halus.
  3. Jika perlu boleh tambahkan lebihan air rebusan ke dalam puri.

Resepi Puri kurma

Puri kurma

Tempoh penyediaan: 20 minit

Bahan-bahan:

  1. Kurma jenis lembut
  2. Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Buang biji Kurma dan buang kulit kurma sekali.
  2. Steam kurma 15 minit supaya kurma menjadi lebih lembut.
  3. Blend kurma sampai halus.

Resepi Puri pir

Puri pir

Tempoh penyediaan: 10 minit

Bahan-bahan:

  1. 1 biji pir masak
  2. Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kupas kulit buah pir dan potong kecil.
  2. Kukus potongan pir selama 10 minit atau sehingga lembut.
  3. Kisar potongan pir selama sehingga tiada lagi ketulan.

Anda digalakkan mencuba dahulu makanan yang disediakan sebelum memberikan kepada bayi anda. Ini untuk memastikan suhu makanan sesuai untuk bayi anda. Jika anda membuat puri yang banyak untuk stok sehari, pastikan tiada perubahan pada rasa dan warna. Hal ini penting untuk keselamatan anak anda.

Selain itu, puri yang disediakan boleh diperbaiki dari sudut rasa dan kelikatan yang anda rasakan sesuai. Sebagai contoh, jika anda mahukannya yang pekat, anda boleh tambah bijirin bayi dan jika anda mahu cair, anda boleh mencampurkannya dengan susu.

Selamat mencuba!

Sumber gambar: Wikimedia, The Vege Nook, Baby Food Central, LBP, Steel House Kitchen

2 Replies to “Resepi Puri Buah-buahan Untuk Bayi 6-8 Bulan”

  1. Slm.sy nk tanya.puri epal & pear dapat ke kita nak buat stok untuk simpanan? Sy takut kalau puri tu berubah warna.sy br dpt 1st baby.jadi banyak perkara yg sy masih tak tahu.baby sy 6 bulan lebih.

    1. Wasalam puan. Terima kasih kerana berkunjung ke laman ini. Puan boleh membuat stok puri epal dan pear. Jika ia berubah warna ia sebenarnya masih selamat untuk di makan. Buah tersebut berubah warna kerana terdedah dengan oksigen dan berlaku tindak balas kimia yang tidak berbahaya. Sedikit trik yang puan mungkin boleh cuba untuk mengelakkan ia cepat berubah warna adalah dengan menutup dengan ketat bekas puri supaya tiada oksigen yang boleh masuk. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *